Cermin Mata Yang Manakah Sesuai Untuk Anda?

Cermin Mata Yang Sesuai Dengan Bentuk Muka & Personaliti Anda

Kita semua mempunyai keperluan asas yang tersendiri: kot hitam yang dipakai ketika musim sejuk, but yang nampak cantik jika dipadankan dengan semua pakaian yang ada di almari, dan beg tote yang membawa semua barang keperluan kita. Dan satu keperluan yang kebanyakkan daripada kita sememangnya tidak boleh bangun dari katil tanpanya: cermin mata.

Tidak seperti beg tangan, cermin mata bukanlah jenis barang yang sesuai dengan semua jenis muka dan indidvidu. Mencari sepasang cermin mata yang sempurna sedikit menguji kesabaran anda. Adakah mereka comel dan tahan lasak? Adakah mereka menarik perhatian dan sesuai dipadankan dengan apa sahaja yang dipakai? Adakah mereka sememangnya sesuai atau kita sahaja yang membayangkan diri kita Zooey Deschanel?

Kami menjelaskan tentang bagaimana membeli-belah cermin mata dan caranya dengan merujuk terus kepada pakar : Sarah Betzwieser, Lily Algair, and Catherine Magee from Ditto; Vanina De Preneuf fromglasses.com; and Selima Salaun of Selima Optique.

[Tweet “Cermin Mata Yang Sesuai Dengan Bentuk Muka & Personaliti Anda”]

Beri perhatian kepada bentuk muka

Apakah yang paling utama dalam menentukan cermin mata yang manakah sesuai dengan bentuk muka anda dan cermin mata yang manakah tidak sesuai dengan bentuk muka anda. Terdapat tujuh jenis bentuk muka: bulat, petak, oval, bentuk hati, bentuk tiga segi dan bentuk permata. Jika anda tidak pasti anda di kategori apa, Frames Direct mencadangkan hanya lukis garis tepi diwajah anda menggunakan gambar anda sendiri dan tentukan apakah bentuk yang sangat menyerupai muka anda.

Pilih cermin mata yang sesuai

Sebaik sahaja anda sudah mendapatkan bingkai cermin mata, anda perlulah fokus pada perinciannya: terutamanya, warna cermin mata anda. Anda ingin mencari warna cermin mata yang padan dengan warna kulit dan rambut anda. Salaun berkata: jika anda mempunyai warna rambut yang gelap, dia mencadangkan cermin yang mempunyai tona gelap akan menyerlahkan kekayaan dalam pewarnaan anda. Jika anda mempunyai warna rambut yang terang, anda mungkin perlu memilih bingkai yang mempunyai warna krim, ia akan memberi efek cerah kepada kulit dan rambut anda. Bingkai yang gelap akan menjadikan kulit lebih pucat dan bingkai yang betina sederhana akan menyerlahkan lagi warna merah di muka anda.

Logik Kanta

seterusnya, anda perlu mengisi bingkai anda dengan kanta yang sesuai-sudah semestinya, objek yang akan memperbaiki penglihatan anda. Terdapat empat kategori kanta utama, menurut allaboutvision.com: plastik, polycarbonate, trivex dan plastic berindeks tinggi.

Tanggapan Pertama Adalah Penting

Bila tiba masa untuk mencuba pilihan anda, tanggapan pertama adalah kuncinya “ tanpa menghiraukan bentuk muka anda. Perhatikan jika bingkai itu yang memakai anda, Salaun memberikan pendapat, atau jika anda melihat diri anda dahulu. Jika perkara pertama yang anda lihat anda cermin mata, anda hendaklah bertukar kepada yang sepasang cermin mata yang lebih halus,jadi efeknya tidaklah terlalu jelas.

Kedua-dua Salaun dan Algair bersetuju yang kebanyakkan kesalahan umum yang mereka lakukan ketika membeli cermin mata adalah mereka lebih tertarik dengan pilihan yang nampak cantik dipakai oleh orang lain. Kita semua mahu meniru idola kegemaran kita yang berkaca mata empat, tetapi kita perlulah meletakkan diri kita (dan ciri-ciri kita) dahulu.

Minta Pertolongan

Jangan berasa takut! “pakar optik telah melihat pelbagai jenis muka dan mereka lebih mahir dengan koleksi mereka sendiri,kata Salaun.Jika anda mempunyai hubungan yang baik dengan pakar optik anda, anda akan lebih mahir mencari bingkai yang sesuai dengan anda.

Dengan pertolongan pakar optic, kita akan menjumpai bingkai optikal dan cermin mata untuk setiap bentuk muka “ untuk menjadikan sesi membeli-belah cermin mata menjadi kurang susah. Lihat tip-tip dan pilihan cermin mata kami.

1) Bentuk muka segi empat

bentuk-muka-segi-empat

kalau korang mempunyai bentuk muka segi empat, spec yang paling sesuai adalah berbentuk bulat,bujur atau korang juga boleh pilih spec yang berbentuk cat eye. Nampak bergaya sikit ya tak?


2) Bentuk muka bujur sirih

bentuk-muka-sirih

Bentuk muka ini paling sesuai untuk semua jenis spek. Tidak kisah, bujur, bulat petak atau sebagainya. Kesemua jenis rekabentuk spec yang ada ternyata memang sesuai dengan bentuk muka anda.


3) Bentuk muka bulat

bentuk-muka-bulat_1

4) Bentuk muka seperti hati

bentuk-muka-seperti-hati

Jika anda mempunyai dahi yang agak luas dan dagu yang runcing, maka bentuk muka anda adalah berbentuk hati. Pemilihan spek yang paling sesuai adalah berbentuk rama-rama ataupun cat eye adalah yang terbaik dan sesuai dengan anda.

Jadual Bertugas Deejay

Jadual Bertugas Deejay